Di zaman purba, pengurusan sisa pepejal adalah melalui cara yang sesuai dengan lokasi, kebudayaan, kepercayaan dan juga kemajuan teknologi yang ada pada masa itu.
Di Mesir pada 2100 sebelum Masihi, orang kelas atasan membuang sisa pepejal ke dalam Sungai Nil manakala orang kelas bawahan pula, membuang sisa pepejal di hadapan rumah mereka.
Tempat pembuangan sisa pepejal yang pertama telah dibina pada tahun 500 SM di Athen dan Rom (Chisea, 1981). Kedua-dua tempat ini berfungsi untuk mengumpul sisa pepejal dan telah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Pada penghujung abad pertengahan, sistem pelupusan sisa pepejal tidak lagi dilaksanakan dan ini telah memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Terdapat binatang peliharaan seperti khinzir berkeliaran mencari makanan dari sisa pepejal yang berlonggokan di lorong-lorong belakang dan di tepi jalan raya. Keadaan ini mula berubah apabila terbentuknya undang-undang pengurusan sisa pepejal yang telah dikuatkuasakan di negara tersebut.
Negara China pula mempunyai sejarah yang panjang mengenai pengurusan sisa pepejal. Sejak 4000 tahun dahulu, rakyatnya telah menggunakan sisa pepejal sebagai baja di ladang mereka untuk meningkatkan tahap kesuburan tanah (Chung, 2002).
Perubahan besar yang pertama ke atas pengurusan sisa pepejal telah dimulakan semasa Revolusi Perindustrian. Pertumbuhan penduduk yang pesat tanpa sistem pengurusan sisa pepejal yang bersistematik telah memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian mereka. Bermula 1880-an penduduk-penduduk telah mula menitikberatkan isu kebersihan alam sekitar demi menjamin kesihatan sejagat.
Teknologi baru mula direka untuk menguruskan sisa pepejal. Tapak pelupusan dan pengasingan sisa pepejal juga telah diperkenalkan. Pembakaran sampah secara tertutup telah dilakukan pada tahun 1885 buat kali pertama manakala projek kitar semula yang pertama diperkenalkan di New York pada tahun 1895 (Menke-Gluckert,1985). Pada tahun 1920-an, bilangan tapak pelupusan sanitari mula bertambah. Di antara cara untuk mengurus sisa pepejal ketika itu adalah menebus guna tanah paya untuk pembuangan sampah.
Kemelesetan ekonomi yang teruk pada 1930-an membawa perubahan ketara terhadap penggunaan lori sampah dan kawalan kebersihan tapak pelupusan sisa pepejal. Pada tahun 1950-an, masyarakat lebih suka membuang sisa pepejal tanpa mengasingkannya. Tapak pelupusan sisa pepejal sanitari bertambah dengan pesat dan amalan kitar semula semakin dilupakan. Syarikat-syarikat besar yang dipertanggungjawabkan terhadap sistem pengurusan sisa pepejal telah ditubuhkan pada tahun awal 1960-an.
Kempen kitar semula dan pengurangan sisa pepejal diwujudkan semula sekitar 1970-an. Kesedaran masyarakat semakin meningkat terhadap pengurusan sisa pepejal kerana menyedari akan kesan buruknya bukan sahaja terhadap alam sekitar malah kepada tahap kesihatan mereka sendiri

No comments:
Post a Comment