SAVE THE WORLD

SAVE THE WORLD!CARE FOR NATURE.

Wednesday, October 20, 2010

JENIS-JENIS SISA

1.) Sisa Pepejal Isi Rumah 
Definisi: Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi rumah, dan daripada jenis yang biasanya dihasilkan oleh atau dikeluarkan oleh mana-mana premis apabila dihuni sebagai rumah kediaman, dan termasuklah sisa taman. 
Contoh: Sisa makanan, kertas, kadbod, plastik, tekstil, kulit, sisa taman, kayu, kaca, bahan logam seperti tin aluminium dan sebagainya.

2.) Sisa Pepejal Awam 
Definisi: Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh tempat awam, yang di bawah penyeliaan atau kawalan mana-mana pihak berkuasa tempatan.
Contoh: Sampah yang terdapat di jalan-jalan dibawah senggaraan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sisa landskap, sisa dari taman permainan, pantai dan kawasan rekreasi yang lain. 

3.) Sisa Pepejal Import
Definisi: Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh negara lain dan diimport ke negara kita untuk diproses atau dilupuskan. 
Contoh: Kertas, kadbod, tin, kaca dan lain- lain bahan yang diimport dari luar untuk digunakan oleh industri pembuatan sebagai bahan mentah dan dikitar semula. 
Punca: Sisa yang telah dihasilkan di negara luar yang diimport ke Malaysia.

4.) Sisa Pepejal Khas 
Definisi: Apa-apa jenis sisa pepejal terkawal yang ditetapkan samada:- 
~Berbahaya atau boleh membahayakan kesihatan awam 
~Sukar untuk diolah, disimpan atau dilupuskan 
Contoh: Sisa industri yang merbahaya yang tidak boleh dilupuskan di tapak pelupusan biasa. 
Punca: Premis perindustrian. 

5.) Sisa Pepejal Institusi 

Definisi: Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh :- 
•Mana-mana premis yang diluluskan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk digunakan keseluruhan atau sebahagian besarnya bagi maksud sembahyang atau bagi khairat. 
•Mana-mana premis yang dihuni oleh mana-mana Jabatan Kerajaan Persekutuan atau Negeri, mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana badan berkanun. 
•Mana-mana premis pendidikan. 
•Mana-mana kemudahan jagaan kesihatan termasuklah hospital, klinik dan pusat kesihatan. 
•Mana-mana premis yang digunakan sebagai zoo awam, muzium awam, perpustakaan awam dan rumah anak yatim. 
Contoh: Apa-apa jenis sisa yang dijanakan hasil dari aktiviti harian institusi yang disebutkan di atas dan ini adalah tidak termasuk sisa pepejal khas yang memerlukan cara pelupusan yang berasingan. 
Punca: Sekolah, universiti, hospital, penjara dan bangunan kerajaan. 

6.) Sisa Pepejal Komersial 
Definisi: Ialah merangkumi sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti komersial. 
Contoh: Kertas, kadbod, plastik, kayu, sisa makanan, restoran, kaca, logam dan apa-apa jenis sisa yang terhasil dari aktiviti komersial yang tidak termasuk dalam sisa pepejal khas. 
Punca: Stor, restoran, pasaraya, hotel, rumah tumpangan, 
kedai percetakan, stesen-stesen perkhidmatan, dan sebagainya.

7.)Sisa Pepejal Pembinaan 
Definisi: Merupakan apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti pembinaan atau perobohan termasuk kerja pemajuan, penyediaan, pembaikan atau pengubahan.
Contoh: Kayu, papan lapis, konkrit, besi, drywall, permaidani, kadbod, gentian kaca, tanah dan lain- lain sisa yang dihasilkan dari aktiviti di atas.
Punca: Kawasan pembinaan baru, kerja-kerja pengubahsuaian atau perobohan bangunan dan sebagainya. 

8.) Sisa Pepejal Perindustrian 
Definisi: Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti perindustrian.
Contoh: Sisa yang terhasil dari proses pengilangan tidak termasuk sisa pepejal khas. 
Punca: industri fabrik, industri pembuatan makanan, industri ringan, industri berat dan sebagainya.

14 comments: